5H4M Pakej Percutian Da Lat + Mui Ne + Nha Trang

Tarikan Pakej:

  • Berjalan-jalan dengan santai di Pasar Malam Da Lat (Da Lat Night Market), di mana anda boleh membeli belah untuk barangan dan makanan tempatan.
  • Lihat dan kagumi keindahan Domaine de Marie, sebuah gereja atas bukit yang terkenal di Da Lat yang merupakan sebuah destinasi yang mesti dilawati kerana pemandangan yang hebat gereja dan di bawah bukit.
  • Pergi ke sebuah lawatan sambil belajar ke Perkampungan Lat (Lat Village) untuk mempelajari tentang kehidupan komuniti Lach di atas gunung, dan sementara belajar, nikmati pemandangan dari Gunung Lang Biang (Lang Biang Mountain).
  • Dikelilingi oleh bunga dengan saiz dan warna yang berbagai di Taman Bunga Da Lat (Da Lat Flower Garden) di mana seseorang boleh meluangkan masa berjam-jam hanya dengan menangkap gambar di taman yang indah ini.
  • Hidup seperti seorang kerabat diraja di Istana Musim Panas Bao Dai (Bao Dai Summer Palace)
  • Dapatkan ketenangan jiwa di persekitaran tenang Biara Zen terbesar in Vietnam, Truc Lam dan nikmati pemandangan ladang-ladang yang berdekatan di mana anda boleh melihat produk tempatan dan menangkap gambar.
  • Cuba mandian lumpur mineral panas untuk menyegarkan minda, tubuh dan jiwa anda di Pusat Mata Air Panas Mui Ne (Mui Ne Hot Spring Centre).
  • Amati pembentukan pasir yang unik di Pantai Hon Rom (Hon Rom Beach), di mana pemandangan pasir semula jadi sememangnya menakjubkan.
  • Dapatkan peluang menangkap gambar berlatarkan pemandangan bukit di pagoda terbesar Nha Trang, iaitu Long Son yang terletak di atas Bukit Trai Thuy (Trai Thuy Hill).
  • Pelajari tentang sejarah dan kagumi keajaiban Menara Ponagar Cham (Ponagar Cham Tower) yang mempunyai sejarah dari tamadun Cham yang sudah wujud dari abad ke-7 ke abad ke-12, dengan pemandangan dan bunyi-bunyian untuk mempelajari budaya keagamaan di Nha Trang.

Jadual Perjalanan:

Waktu Vietnam

Hari Pertama:

Setelah anda tiba di Lapangan Terbang Cam Ranh, pemandu kita akan menjemput anda ke makan tengah hari di restoran tempatan, yang mana selepas itu perjalanan kereta selama 3.5 jam menyusul untuk tiba di Da Lat. Baki hari anda lapang untuk anda berjalan-jalan dan mungkin membeli belah untuk barangan tempatan dan merasai makanan tempatan di Pasar Malam Da Lat (Da Lat Night Market).

Dalat Night Market

Makan malam akan disediakan, dan anda akan pulang ke hotel anda di Da Lat.

Pelan Makan: Makan Malam


Hari Kedua:

Nikmati sarapan di hotel dan selepas itu, Domaine De Marie, iaitu sebuah gereja atas bukit di Da Lat yang dibina seperti gereja Perancis abad ke-17 menanti kunjungan anda. Anda boleh menikmati pemandangan taman yang menarik di belakang gereja, dan memandang ke bawah bukit untuk pemandangan yang lebih hebat jadi sediakan kamera anda dan pastikan ia dicaj penuh untuk menangkap gambar di sini.

Tiba masanya untuk menjelajah sambil belajar ke Perkampungan Lat (Lat Village) untuk melawat puak minoriti etnik Lach dan melihat corak kehidupan mereka. Di sini, anda boleh melihat bagaimana mereka menjalani kehidupan mereka yang ringkas dengan menganyam produk broked, menanam kopi, bunga dan sayur dan mungkin anda boleh membeli sedikit barangan tempatan dari sini. Sebuah jip akan membawa anda ke Gunung Lang Biang (Lang Biang Mountain) yang berketinggian 1,950 meter – ia juga dikenali sebagai bumbung Da Lat untuk menikmati cuaca yang indah sementara melihat pemandangan dari atas gunung yang meliputi Silver Stream, Golden Lake, hutan dan seluruh bandar raya Da Lat.

Domain De Marie Chruch, Lat Village, Langbiang Mountain 

Selepas makan tengah hari, lawati sebuah tempat yang dikenali sebagai Valley Of Love dengan landskapnya yang cukup romantik, di mana pemandangan yang indah menanti anda di Taman Bunga Da Lat (The City’s Flower Garden). Anda boleh berseronok menangkap gambar berlatarkan bunga-bunga yang pelbagai jenis dan warna di setiap sudut yang anda pergi dalam taman ini. Kita akan teruskan ke Istana Musim Panas Bao Dai (Bao Dai Summer Palace), di mana anda boleh mengalami dan melihat sendiri gaya hidup keluarga diraja dengan 25 bilik dan segala hiasan di dalamnya, yang semuanya ditukangkan untuk raja.

Valley Of Love

The City’s Flower Garden, Bao Dai Summer Palace

Selepas menikmati gaya hidup diraja, makan malam akan dihidangkan di sebuah restoran tempatan, dan kita akan membeli belah di Pasar Da Lat (Da Lat Market) sebelum anda pulang ke hotel anda.

Pelan Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari, Makan Malam


Hari Ketiga:

Selepas bersarapan, teruskan ke Mui Ne, dan dalam perjalanan ke sana, lihat Biara Zen Truc Lam  (Truc Lam Zen Monastery) yang megah, kerana ia merupakan Biara Zen yang terbesar di Vietnam. Alami ketenangan jiwa di mana orang ramai bermuhasabah dan bertafakur, dan juga terdapat banyak peluang untuk menangkap gambar yang cantik ladang-ladang kopi dan teh di Lam Dong berdekatan dengan biara. Makan tengah hari akan disediakan di sebuah restoran tempatan.

Truc Lam Zen Monastery

Selepas makan tengah hari, mari lakukan sebuah aktiviti unik yang anda mungkin belum pernah cuba! Kita akan teruskan ke Pusat Mata Air Panas Mui Ne (Mui Ne Hot Spring Centre) di mana anda boleh bersantai dan memulihkan kesihatan anda dengan mandian lumpur mineral panas yang dikenali dengan manfaat kesihatannya kepada tubuh dan paras rupa. Walau bagaimanapun, harus dimaklumkan bahawa aktiviti-aktiviti ini tidak termasuk dalam pakej.

Tema unik hari ini berterusan apabila kita pergi melihat sesuatu yang selain daripada pemandangan gunung, jadi lihat Pantai Hon Rom (Hon Rom Beach) untuk mengamati keindahan semula jadi padang pasir yang berwarna-warni di  sini, di mana padang pasir putir mengikuti padang yang kuning dan ia sentiasa mengubah bentuknya akibat tiupan angin. Pergerakan semula jadi ini menghasilkan pemandangan indah yang cukup menjadikan semua orang menangkap gambar tanpa henti di lokasi ini sahaja. Di sini, anda boleh juga menikmati jus kelapa yang khas untuk mengatasi rasa haus dan menyegarkan diri anda.

Hon Rom Beach

Makan malam akan dihidangkan di restoran tempatan, dan teruskan kembali ke hotel anda di Mui Ne.

Pelan Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari, Makan Malam


Hari Keempat:

Selepas bersarapan di hotel, kita akan bertolak ke Nha Trang di mana dalam perjalanan ke sana, kita akan melalui Pantai Ca Na (Ca Na Beach) yang dikenali sebagai salah satu pantai yang paling terkenal di Vietnam dan Pantai Cam Ranh (Cam Ranh Beach) untuk menikmati pemandangan laut dan berjemur di bawah matahari. Selepas itu anda akan pergi makan tengah hari di sebuah restoran tempatan.

Ca Na Beach

Selepas makan tengah hari, lawatan bertema agama Kristian menyusul dalam bentuk Nha Trang Cathedral. Gereja ini dikenali oleh warga tempatan sebagai Gereja Batu atau Gereja Nui (Nui Church). Oleh kerana kita akan melawat bahagian luar gereja, terdapat banyak peluang untuk bergambar dengan fasad gereja kerana ia begitu indah dibina untuk menyerupai gereja-gereja yang ada di Eropah.

Destinasi seterusnya ialah pagoda yang terbesar di Nha Trang, iaitu Pagoda Long Son (Long Son Pagoda) yang tersergam indah di atas Bukit Trai Thuy (Thai Truy Hill), yang asalnya dibina pada lewat abad ke-19 tetapi diubah suai pada tahun 1940. Pagoda atas bukit yang indah ini merupakan tempat yang hebat untuk menangkap gambar dengan strukturnya yang bersejarah dan berlatarkan keindahan pemandangan bukit dan yang paling penting, patung Buddhanya yang begitu besar sehingga ia boleh dilihat di mana-mana sahaja di bandar ini.

Long Son Pagoda

Selepas itu, nikmati pemandangan semula jadi di Chong Rock yang merupakan sebuah karya agung Tuhan yang cukup aneh, dan destinasi terakhir hari ini ialah Menara Ponagar Cham (Ponagar Cham Tower), yang dibina oleh tamadun Cham hampir seribu tahun dahulu untuk memberi penghormatan kepada Yang I Nu Ponagar atau dikenali sebagai “ibu Kerajaan”. Bagi orang tempatan, tempat ini popular sebagai tempat beribadat sementara bagi pelancong, tempat ini tempat bersejarah hebat di Nha Trang yang penuh dengan seni bina dan warna-warna yang mengagumkan. Sememangnya ia tidak boleh dilepaskan kerana nilai sejarahnya dan peluang menangkap gambar di tapak-tapaknya yang cantik, sementara colok-colok yang dinyalakan di sini menghasilkan aroma yang harum.

Chong Rock 

Ponagar Cham  Tower

Makan malam akan disediakan di restoran tempatan, dan anda akan pulang ke hotel anda di Nha Trang.

Pelan Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari, Makan Malam


Hari Kelima:

Selepas bersarapan, teruskan berjalan-jalan di pantai-pantai Nha Trang, di mana kali ini kita akan keluar bersantai di sepanjang jalan persisiran pantai ke Pantai Bai Dai (Bai Dai Beach), yang juga dikenali sebagai Long Beach yang merupakan salah satu pantai yang terindah dan terbersih di Nha Trang untuk bermandi manda atau hanya berjalan-jalan di atas pasir yang memutih.

Anda akan kembali semula ke hotel anda untuk mendaftar keluar dan berlepas ke lapangan terbang. Ucapkan selamat tinggal kepada Nha Trang dengan kenangan indah.

Pelan Makan: Sarapan Pagi


Pakej Termasuk:

  • 4 malam penginapan
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Perjalanan & penghantaran seperti jadual perjalanan
  • Perkhidmatan tour guide berbahasa Inggeris
  • Yuran masuk yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • 2 botol air mineral setiap pelangcon semasa perjalanan

Pakej Tidak Termasuk:

  • Tiket penerbangan ke Nha Trang, Vietnam
  • Insuran Pelancongan (sangat dicadangkan membeli)
  • Perbelanjaan peribadi
  • Panduan untuk pemandu dan tour guide: USD 2/Panduan/Hari, USD 1/Pemandu/Hari
    • Membayar terus kepada pemandu dan tour guide (Pembatasan wajib)
  • Mana-mana tiket perkhidmatan/cukai/masuk lain yang tidak dinyatakan dalam seksyen Termasuk

Nota:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang dinyatakan disediakan secara percuma, tiada bayaran balik akan dibuat untuk pembatalan aktiviti disebabkan oleh cuaca atau isu operasi.
  • Holidaygogogo mempunyai hak untuk menukar ke hotel lain di kelas yang sama jika hotel yang dinyatakan di bawah tidak tersedia semasa tarikh perjalanan.
  • Tiada perubahan susunan bilik dibenarkan selepas bayaran penuh dibuat.
  • Kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas (ikut tahun lahir) adalah layak sebagai kadar dewasa.
  • Kanak-kanak berumur 3 hingga 10 tahun (ikut tahun lahir) adalah layak untuk kadar kanak-kanak (85% daripada harga dewasa), berkongsi katil dengan ibu bapa.
  • Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun (ikut tahun lahir) adalah percuma dan berkongsi katil dengan ibu bapa. Sebarang bayaran akan dibayar oleh pelanggan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Harga pakej termasuk cukai yang berkaitan.

Harga Tour: RM (seorang)

Harga Promosi

Validity: 14 Nov 2019 – 31 Dec 2020

Harga Pakej kira mengikut seorang

Hotel Group Size
2 Person 3-4 Person 5-9 Person 10-15 Person
Deluxe 3 Stars 2,325 1,940 1,540 1,395
Deluxe 4 Stars 2,450 2,065 1,665 1,520
Luxury 5 Stars 2,865 2,475 2,075 1,930

Browse More Resort Photos:
Nha Trang Hotel:
Deluxe 3 Stars: Edele Hotel (3*)
Deluxe 4 Stars: Isena Hotel (4*)
Luxury 5 Stars: Havana Hotel (5*)

Da Lat Hotel:
Deluxe 3 Stars: Ngoc Phat Hotel (3*)
Deluxe 4 Stars: Dalat Wonder Resort (4*)
Luxury 5 Stars: Edensee Resort (5*)

Mui Ne Hotel:
Deluxe 3 Stars: Four Oceans Resort (3*)
Deluxe 4 Stars: Ocean Dunes Resort (4*)
Luxury 5 Stars: The Cliff Resort and Residences (5*)


WhatsApp kami dan dapatkan maklumat yang selanjutnya:

Sila WhatsApp kami dengan Butang WhatsApp.

Hubungi kami melalui telefon:

+6016-3796385

+6010-2216385

Boleh juga isikan borang ini:

Pakej Percutian Vietnam Yang Berkaitan:

Updated: 09 Dec 2019

Ulasan/Komen Pelanggan untuk Pakej Percutian Vietnam 

 

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

By Chris / Bbp_keymaster

Follow chris
on Dec 09, 2019