Tarikan Pakej:
- Berseronok membeli belah untuk barangan dan makanan tempatan yang murah di Pasar Dong Ba (Dong Ba Market).
- Nikmati pemandangan hebat di Imperial Citadel dan naiki pelayaran bot romantik di sepanjang Perfume River.
- Pelajari tentang bandar purba bersejarah Hoi An dan kagumi seni bina di sebalik pelbagai pengaruh kebudayaan dari bandar pelabuhan purba ini ( Imperial Citadel, Ngo Mon Gate, Thai Hoa Palace, Khai Dinh Tomb, dan banyak lagi).
- Lihat keindahan semula jadi di tapak bersejarah My Son Holy Land, yang mempunyai sejarah lebih daripada seribu tahun.
- Naiki kereta kabel di King Mountain, iaitu yang paling moden di Asia Tenggara.
- Kagumi keindahan seni bina di Golden Bridge untuk lebih banyak peluang fotografi.
- Nikmati wain di rumah wain Perancis (French Wine Cellar) dengan pemandangan bandar raya Da Nang yang hebat.
- Bersantai dan berseronok di Fantasy Park, sebuah taman tema atas bukit yang unik.
- Kagumi patung Guan Yin tertinggi di Vietnam dan berseronok menangkap gambar dengan pemandangan pergunungan yang hebat (Linh Ung Pagoda).
Jadual Perjalanan:
Waktu Vietnam
Hari Pertama:
Selamat datang ke Hue! Selepas mendarat di Lapangan Terbang Da Nang, pemandu kami yang mesra akan memandu anda ke bekas ibu negara Vietnam – Hue (dari 1744 ke 1945 selepas maharaja Vietnam yang terakhir turun takhta) dalam kira-kira 2.5 jam dari lapangan terbang Da Nang. Selepas mendaftar masuk di hotel anda di Hue, nikmati masa membeli belah untuk barangan tempatan yang murah di Pasar Dong Ba (Dong Ba Market) dan cuba makanan tradisional Vietnam, terutamanya makanan tempatan Hue seperti gula-gula bijan dan udang masam. Pemandu kemudiannya akan membawa anda untuk makan malam di restoran tempatan dan kita akan pulang ke hotel selepas makan malam.
Dong Ba Market
Pelan Makan: Makan Malam
Hari Kedua:
Selepas bersarapan di hotel, Imperial Citadel yang dibina oleh Raja Gia Long pada tahun 1805 merupakan destinasi yang pertama dalam rancangan, di mana anda akan mempunyai banyak peluang untuk menangkap gambar dan mengamati keindahan tempat-tempat seperti Gerbang Ngo Mon (Ngo Mon Gate), Istana Thai Hoa (Thai Hoa Palace), Tokong Mieu (Mieu Temple), Nine Dynastic Urns dan Makam Khai Dinh (Khai Dinh Tomb) di tapak bersejarah ini yang berusia lebih daripada 200 tahun. Imperial Citadel merupakan campuran unggul seni bina lama dengan pengaruh Eropah dan Asia, yang menjadikannya sebuah tempat yang hebat untuk menangkap gambar.
Imperial Citadel
Ngo Mon Gate, Thai Hoa Palace, The Mieu Temple
Khai Dinh Tomb
Kemudian, kami akan singgah di restoran tempatan untuk makan tengah hari. Selepas makan tengah hari, kita akan menaiki pelayaran bot romantik di sepanjang Perfume River. Nikmati pelayaran romantik ini, terutamanya bagi pasangan, dan kemudian lawati Makam bersejarah Minh Mang (Minh Mang Tomb) untuk menangkap lebih banyak gambar. Selepas itu, tetamu yang beragama Buddha boleh bersembahyang dengan aman di Pagoda Thien Mu (Thien Mu Pagoda) yang merupakan salah satu tokong yang tertua di Hue sementara tetamu yang bukan beragama Buddha pula boleh mengambil kesempatan menangkap lebih banyak gambar binaan purba ini, sebelum kita membuat hentian di Pasar Dong Ba untuk satu lagi sesi membeli belah.
Perfume River
Minh Mang Tomb, Thien Mu Pagoda
Pada waktu tengah hari, kita akan bertolak dari Hue ke Bandar Purba Hoi An (Hoi An Ancient Town), yang terletak di sepanjang tebing Sungai Thu Bon. Nikmati pemandangan tepi sungai dan peluang menangkap gambar di sebalik pemandangan bandar purba bersejarah kerana Hoi An merupakan sebuah pusat perdagangan yang utama pada kurun ke-16 dan diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO pada tahun 1999. Kemudian, makan malam di sebuah restoran tempatan dan pulang ke hotel anda di Hoi An.
Hoian Ancient Town
Pelan Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari, Makan Malam
Hari Ketiga:
Menikmati sarapan pagi di hotel. Selepas itu, My Son (disebut sebagai “mai sohn”) menanti kunjungan anda! Salah satu destinasi yang terbaik dan tercantik di Hoi An, Tapak Warisan My Son (My Son Holy Land) merupakan sebuah tapak yang penuh dengan seni bina bersejarah yang bertarikh sejak kerajaan Champa yang telah wujud lebih daripada seribu tahun yang lalu. Ia menjadikan My Son sebuah tapak yang amat kaya dengan nilai sejarah dan pembelajaran, dan ia juga sebuah tapak yang penuh dengan peluang untuk menangkap gambar. Terletak di sebuah lembah yang dikelilingi oleh mata air, gunung dan hutan, Tapak Warisan My Son begitu menawan sehingga anda boleh hanya berjalan dan bersantai di sini sahaja sepanjang hari sementara mengamati nilai sejarahnya.
My Son Holy Land
Di dalam kompleks bersejarah My Son, beberapa menara tokong purba dari kurun ke-7 ke kurun ke-13 masih kekal hingga ke hari ini. Berseronok dalam mempelajari sejarah tempat ini dan menangkap gambar dengan lebih daripada 70 tugu yang masih megah berdiri walaupun ditelan sejak berkurun-kurun yang lalu oleh peperangan dan kemerosotan semula jadi. Amati enam gaya seni bina purba Champa melalui tugu-tugu ini, dan terdapat juga bukti kebudayaan tentang interaksi di antara Kerajaan Champa purba dan tamadun-tamadun lain, seperti India dan China.
My Son Holy Land
Pada waktu tengah hari, kita akan meneruskan lawatan kita ke Bandar Purba Hoi An (Hoi An Ancient Town) yang tidak dilawati pada hari sebelumnya, seperti Jambatan Tertutup Jepun (Japanese Covered Bridges), Muzium Tembikar (Pottery Museum), Rumah Tam Ky (Tam Ky House) yang berusia kira-kira 200 tahun, Pagoda Chua Ong (Chua Ong Pagoda) dan kawasan pasar untuk peluang mengenali lebih lanjut nilai sejarah bandar purba ini sementara menambahkan pengetahuan anda tentang bandar ini, yang telah menyaksikan pelbagai budaya memandangkan ia merupakan sebuah pangkalan laut purba. Oleh itu, terdapat banyak peluang menangkap gambar di sebalik berbagai jenis bangunan yang ditinggalkan oleh berbagai kumpulan pedagang dari masa silam.
Japanese Covered Bridges, Pottery Museum, Tam Ky House
Bustling market
Segala pemandangan dan bunyi-bunyian ini akan dinikmati melalui perjalanan kaki di sebalik berbilang rumah berjubin rendah yang berselerak di sepanjang jalan-jalan yang kecil dan dewan perhimpunan yang mencerminkan masa silam bandar ini yang berbilang budaya. Kemudian, kita akan makan malam di sebuah restoran tempatan dan pulang ke hotel anda di Da Nang.
Pelan Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari, Makan Malam
Hari Keempat:
Mulakan hari yang seterusnya dengan sarapan di hotel anda! Pemandu kami akan menjemput pengunjung di pelbagai titik pertemuan yang ditentukan dan memulakan perjalanan ke Bukit Ba Na (Ba Na Hills)– atau King Mountain, di mana cuaca di sini sentiasa dingin dan sesuai untuk berjalan-jalan dengan tenang. Di Bukit Ba Na, kagumi dan naiki sistem kereta kebal yang sedang diperkatakan sebagai yang paling moden di Asia Tenggara.
Cable Car
Perjalanan anda kemudiannya berterusan di Golden Bridge yang indah, yang dibina dengan begitu unik, ia sememangnya sebuah tempat yang terbaik untuk menangkap gambar. Kemudian, anda akan dibawa ke Stesen Kereta Kabel Dream Stream, di mana selepas menaiki kereta kabel, terdapat sebuah Rumah Wain Perancis (French Wine Cellar) yang akan mengagumkan anda dengan pemandangan bandar raya Da Nang yang menakjubkan. Relaks dan senangkan diri dengan bermain-main di Fantasy Park, di mana hidangan tengah hari bufet akan dihidangkan.
Golden Bridge, France Wine Cellar
Fantasy Park
Pada lewat tengah hari, kita akan beredar pula ke King Peak yang berketinggian 1,487m, untuk menikmati pemandangan panoramik Bukit Ba Na dan Quang Nam yang menakjubkan. Sementara menikmati pemandangan, Linh Tu Pagoda, sebuah tokong yang dibina dengan indah merupakan satu lagi lokasi menangkap gambar yang hebat di atas pergunungan. Kita akan pulang ke hotel anda di Da Nang.
Linh Tu Pagoda
Pelan Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari, Makan Malam
Hari Kelima:
Bersarapan di hotel pada waktu pagi. Selepas sarapan pagi, pemandu akan menjemput anda dari hotel ke Semenanjung Son Tra untuk melawat Linh Ung Pagoda yang tersergam indah, di mana terletaknya patung Guan Yin yang tertinggi di Vietnam. Di sini, pemandangan pergunungan begitu indah dengan berlatarkan patung Guan Yin sehingga anda boleh menangkap beratus-ratus gambar dari ketinggian beratus-ratus meter. Rancangan percutian berakhir apabila pergi ke lapangan terbang, di mana anda akan mengucapkan selamat tinggal kepada Da Nang dengan kenangan indah.
Linh Ung Pagoda
Pelan Makan: Sarapan Pagi
Pakej Termasuk:
- 4 malam penginapan
- Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Perjalanan & penghantaran seperti jadual perjalanan
- Perkhidmatan tour guide berbahasa Inggeris
- Yuran masuk yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- 1 botol air mineral setiap pelangcon semasa perjalanan
- 2 hala kereta kabel di Bana Hill
Pakej Tidak Termasuk:
- Tiket penerbangan ke Da Nang, Vietnam
- Insuran Pelancongan (sangat dicadangkan membeli)
- Perbelanjaan peribadi
- Panduan untuk pemandu dan tour guide: USD 2/Panduan/Hari, USD 1/Pemandu/Hari
- Membayar terus kepada pemandu dan tour guide (Pembatasan wajib)
- Mana-mana tiket perkhidmatan/cukai/masuk lain yang tidak dinyatakan dalam seksyen Termasuk
Nota:
- Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
- Aktiviti yang dinyatakan disediakan secara percuma, tiada bayaran balik akan dibuat untuk pembatalan aktiviti disebabkan oleh cuaca atau isu operasi.
- Holidaygogogo mempunyai hak untuk menukar ke hotel lain di kelas yang sama jika hotel yang dinyatakan di bawah tidak tersedia semasa tarikh perjalanan.
- Tiada perubahan susunan bilik dibenarkan selepas bayaran penuh dibuat.
- Kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas (ikut tahun lahir) adalah layak sebagai kadar dewasa.
- Kanak-kanak berumur 3 hingga 10 tahun (ikut tahun lahir) adalah layak untuk kadar kanak-kanak (85% daripada harga dewasa), berkongsi katil dengan ibu bapa.
- Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun (ikut tahun lahir) adalah percuma dan berkongsi katil dengan ibu bapa. Sebarang bayaran akan dibayar oleh pelanggan.
- Terma dan syarat lain untuk tempahan.
- Harga pakej termasuk cukai yang berkaitan.
Harga Tour: RM (seorang)
Harga Promosi
Validity: 14 Nov 2019 – 31 Dec 2020
Harga Pakej kira mengikut seorang
Hotel | Group Size | |||
2 Person | 3-4 Person | 5-9 Person | 10-15 Person | |
Deluxe 3 Stars | 2,045 | 1,730 | 1,450 | 1,310 |
Deluxe 4 Stars | 2,190 | 1,880 | 1,600 | 1,460 |
Luxury 5 Stars | 2,520 | 2,200 | 1,920 | 1,785 |
Browse More Resort Photos:
Hue Hotel:
Deluxe 3 Stars: The SunRiver Boutique Hotel (3*)
Deluxe 4 Stars: Midtown Hotel (4*)
Luxury 5 Stars: Indochine Palace Hotel (5*)
Hoi An Hotel:
Deluxe 3 Stars: Travel Lodge Hotel (3*)
Deluxe 4 Stars: Silk Luxury Hotel & Spa (4*)
Luxury 5 Stars: Silk Village Resort and Spa (5*)
Da Nang Hotel:
Deluxe 3 Stars: Greenery Hotel (3*)
Deluxe 4 Stars: Eden Hotel (4*)
Luxury 5 Stars: Nalod Hotel (5*)
WhatsApp kami dan dapatkan maklumat yang selanjutnya:
Sila WhatsApp kami dengan Butang WhatsApp.
Hubungi kami melalui telefon:
+6016-3796385
+6010-2216385
Boleh juga isikan borang ini:
Pakej Percutian Vietnam Yang Berkaitan:
- 4H3M Pakej Percutian Da Nang + Bana Hill + Hoi An
- 4H3M Pakej Percutian Hoi An + Da Nang + Bana Hill + Golden Bridge
- 5H4M Pakej Percutian Da Nang + Hue + Hoi An
- 5H4M Pakej Percutian Hue + Da Nang + Hoi An Ancient Town
- 6H5M Pakej Percutian Hoi An + Hue + Da Nang + Bana Hill + Golden Bridge
- 4H3M Pakej Percutian Nha Trang Beach
- 4H3M Pakej Percutian Nha Trang + Da Lat
- 5H4M Pakej Percutian Nha Trang + Da Lat
- 5H4M Pakej Percutian Da Lat + Mui Ne + Nha Trang
Updated: 06 Dec 2019
Ulasan/Komen Pelanggan untuk Pakej Percutian Vietnam
Submit your review | |