中文 | ENG
Promosi atas talian terkini untuk 4H3M Bundhaya Resort Pakej Snorkeling , jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!
Tarikan Pakej
- Meneroka 7 pulau 8 lokasi semasa snorkeling
- Nikmati Snorkeling dan lawatan pantai yang terunggul
- Bersiar-siar & terokai terumbu karang yang berwarna-warni
- Terokai persekitaran yang meriah di ‘Walking Street’
Jadual Perjalanan:
Hari 1
Selamat datang ke Koh Lipe, ia adalah salah satu pulau yang paling indah dan menakjubkan dengan pantai pasir putih yang dikelilingi oleh air jernih, terumbu karang, dan sebagainya.
Kami akan mengatur penghantaran feri dari Langkawi (Terminal Kuah Jetty/Telaga) ke Koh Lipe Pier. Semasa ketibaan, teruskan proses imigresen anda di Pantai Pattaya. Selepas proses imigresen, anda bebas mendaftar masuk di Resort (penghantaran ke resort akan disediakan). Luangkan masa lapang untuk mencari barang, cenderamata dan berjalan-jalan di walking street.
- Bertolak ke Koh Lipe
Proses imigresen di pantai Pattaya - Selepas 1300 – Daftar masuk
Riadah sendiri - 1800 – Makan malam & bersantai sendiri
Pelan Makanan: Susunan Sendiri
Hari 2
Selamat sarapan di resort anda. Kami akan meluangkan hari ke 2 di pantai. Aktiviti snorkeling bermula pada pukul 0930 dan berakhir pada 1600. Kami akan berkumpul di Adang Sea Divers di Pantai Pattaya kira-kira 0900. Trip ini termasuk kotak makan tengah hari, buah-buahan, dan air minuman. Anda akan makan tengah hari semasa perjalanan.
Aktiviti ini merangkumi 7 pulau, 8 lokasi iaitu Koh Hin Son, Koh Bulu, Aow Kamnan, Koh Lo Kloy, Koh Dong, Koh Peung, Koh Hin Ngam and Jabang. Anda akan meneroka karang lembut yang indah, batu berkilat hitam, pantai berpasir putih, dan pelbagai jenis ikan seperti nemo.
Selepas lawatan Snorkeling, anda boleh berehat di resort dan nikmati masa lapang anda ataupun berjalan-jalan di ‘walking street’ untuk menikmati kehidupan malam dengan bar reggae, pesta pantai dengan lampu neon, menikmati muzik dan cocktails.
- 0700 – Sarapan di resort
- 0900 – Berkumpul di Adang Sea Divers
- 0930 – Lawatan Snorkeling
- 1240 – Makan tengah hari akan disediakan
- 1300 – Lawatan Snorkeling
- 1600 – Bertolak ke resort
- 1930 – ‘Night life’ (Riadah sendiri)
- Makan malam di restoran berdekatan (susunan sendiri)
Pelan Makanan: Sarapan, Makan Tengah Hari
Hari 3
Sarapan di resort. Meneroka masa lapang sendiri seperti berjalan di dekat pantai dan menikmati pemandangan yang menakjubkan. Selepas itu, anda boleh menikmati makan tengah hari di restoran berdekatan (susunan sendiri). Luangkan masa lapang untuk berjalan-jalan di resort untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan dan menawan. Anda boleh menikmati malam yang meriah di ‘walking street’.
- 0730 – Sarapan di resort
Bersantai sendiri - 1200 – Makan tengah hari (susunan sendiri)
Riadah sendiri - 1830 – Makan malam sendiri di resort atau restoran berdekatan
Aktiviti yang disyorkan sewaktu masa lapang: Meneroka malam yang meriah di ‘walking street’, berjalan di sekitar pantai untuk pemandangan yang Indah, ‘kayaking’ di pantai dan menikmati spa/massage’, rendam diri dalam kolam renang di resort anda.
Pelan Makanan: Sarapan
Hari 4
Nikmati sarapan anda di Bundhaya resort. Selepas sarapan, anda boleh terus daftar keluar resort. Penghantaran disediakan dari resort ke Koh Lipe Pier pada jam 0900. Kami akan mengatur penghantaran feri dari Koh Lipe untuk menaiki feri 1030 ke Langkawi Jetty (Terminal Kuah Jetty/Telaga).
- 0700 – Sarapan di resort
- 0830 – Daftar keluar
- 1030 – Bertolak dari Koh Lipe ke Langkawi
Pelan Makanan: Sarapan
Termasuk:
- Penginapan untuk 3 malam
- 3X Sarapan
- 1 ‘set’ makan tengah hari semasa snorkeling hari ke 2
- Lawatan snorkeling pada hari ke-2 (Topeng snorkel + gear snorkel + Jaket keselamatan + Tuala + Kotak makan tengah hari + buah + air minuman + Foto bawah air)
- Insurans (semasa Snorkeling)
- Penghantaran dengan feri untuk 2 hala (Langkawi ke Koh Lipe ke Langkawi)
- Penghantaran percuma ke resort pada tarikh ketibaan dan pulang
- Bakul buah dan minuman semasa ketibaan
Tidak Termasuk:
- Bayaran national park 200THB
- Penghantaran dari mana sahaja ke jeti Langkawi
- Penghantaran dalam Koh Lipe
- Travel insurance (Sangat digalakkan)
- Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi "Termasuk"
Perkara Penting:
- Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
- Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
- Terma dan syarat lain untuk tempahan.
- Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza benbanding dengan unit sebenar.
- Waktu daftar masuk: 1300
- Waktu daftar keluar: 1100
- Daftar keluar lewat: 300thb / jam
- Daftar keluar lewat selepas jam 4 petang = caj kadar penuh 1 malam
- Tidak dapat dikembalikan untuk keberangkatan awal (daftar keluar awal)
- Haiwan peliharaan tidak dibenarkan
- Kanak-kanak berumur 3 – 11 tahun ( ikut tahun kelahiran ) akan dikenakan mengikut rate kanak-kanak
- Bayi di bawah umur 2 tahun ( ikut tahun kelahiran ) secara percuma
- Jadual ferry – (1/11/22 – 15/03/23)
- Langkawi ke Koh lipe – 0930/1430
- Koh Lipe ke Langkawi – 1030/1600
- Jadual ferry – (16/03/23 – 31/05/23)
- Langkawi ke Koh Lipe – 1030
- Koh Lipe ke Langkawi – 1300
Harga:
Harga dikira mengikut bilangan peserta
Langkah 2: Pilih Bilangan Pengunjung (Sebilik)
Sila masukkan jumlah dewasa/kanak2 DALAM 1 BILIK.
dewasa
kanak kanak
(3-11 years old)
Sila cuba tarikh lain
Sila cuba bilangan pengunjung yang berlainan
Harga yang tertera adalah untuk tujuan penganggaran sahaja, sila chat dengan kami untuk harga yang terperinci.
6 Kelebihan booking dengan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd:
- Menawarkan perkhidmatan secara One-to-One bersama pegawai perkhidmatan pelanggan untuk disesuaikan dengan tempahan pra-ketibaan dan cadangan pakej percutian. Pihak kami ingin memastikan pelanggan mendapat maklum balas yang cepat dan memperoleh maklumat terkini walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.
- Merupakan syarikat agensi pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). *Anda boleh menekan pautan MOTAC/MATTA di atas dengan memasukkan nama syarikat kami: Holidaygogogo Tours untuk memerika lesen dan keahlian kami sebagai syarikat pelancongan yang berlesen. Kami bukan scammers/penipu.
- Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan. Kami bersikap serius dan profesional dalam menjalankan perniagaan.
- Diberikan rating 5-bintang oleh pelanggan kami di Google dan Facebook. Kami membenarkan pelanggan menilai servis kami secara terbuka, hanya agensi pelancongan yang memberikan servis perkhidmatan yang terbaik berani berbuat begitu.
- Melakukan pemeriksaan tempat secara berkala demi memastikan kualiti servis dan produk dapat dipenuhi mengikut keperluan pelanggan.
- Segala tempahan akan dilaksanakan dengan prosedur kertas kerja yang lengkap dan disokong oleh dokumen sokongan. Pihak kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran tanpa sebarang dokumentasi. Kami akan memastikan semua tempahan telah dilaksanakan sebelum mengutip pembayaran.
Ulasan untuk Holidaygogogo:
Whatsapp:
Sila WhatsApp kami dengan Butang WhatsApp.
Borang Pertanyaan:
Pakej Berkaitan:
Ulasan:
Submit your review | |