Hari dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan perjalanan yang penuh keseronokkan dari Jeti Taman Tamadun Islam ke Pulau Redang. Setibanya pada pukul 11.00 pagi di Redang Beach Resort, akan disambut dengan ramah.
Pukul 12.00 tengah hari adalah waktu untuk menikmati hidangan makan tengah hari yang lazat. Dalam suasana pantai yang menyegarkan, nikmati makanan yang enak sambil merancang aktiviti seterusnya. Setelah makan tengah hari, daftar ke bilik pada pukul 1.00 petang dan bersiap untuk pengalaman pertama di Pulau Redang. Pada pukul 2.30 petang, berkumpul untuk lawatan menyelam yang mendebarkan, teroka keindahan tersembunyi di bawah permukaan laut yang jernih.
Pada pukul 4.00 petang, bersantai dan menikmati minum petang di tepi pantai, melihat keindahan pemandangan sekitar. Seterusnya, bebas dan santai, teroka dan menikmati pulau dengan bebas, mencipta kenangan yang indah dan unik. Pukul 6.30 petang adalah waktu untuk hidangan makan malam yang lazat. Di bawah cahaya senja, nikmati hidangan yang disajikan dengan indah, memenuhi perut dan hati setelah seharian penuh aktiviti di Pulau Redang.
- 09.00 pagi: Bertolak dari Jeti Taman Tamadun Islam ke Pulau Redang
- 11.00 pagi: Tiba di Redang Beach Resort dan pihak pengurusan resort akan memberikan talimat kepada pelanggan semasa ketibaan mereka.
- 12.00 tengah hari: Makan tengah hari
- 13.00 petang: Daftar ke bilik
- 14.30 petang: Lawatan snorkeling
- 16.00 petang: Nikmati minum petang
- Santai & bebas
- 18.30 petang: Makan malam
Pelan Makanan: Makan Tengah Hari, Minum Petang, Makan Malam