5H4M Pakej Percutian Hue + Da Nang + Hoi An Ancient Town

Tarikan Pakej:

  • Lihat Imperial Citadel yang agung di Hue, dengan sejarahnya yang berusia beratus-ratus tahun.
  • Naiki perjalanan bot yang tenang di Perfume River dan nikmati landskap luar bandar yang indah dan muzik tradisional diraja yang merdu.
  • Kagumi struktur megah Pagoda Thien Mu yang mempunyai sebuah menara Heavely Lady setinggi tujuh tingkat, dan Makam Maharaja Khai Dinh yang bersejarah di Hue.
  • Nikmati keindahan bandar purba Hoi An, dengan pelbagai gaya seni bina lama yang berbeza di sebalik persekitaran yang tenang.
  • Lihat keindahan semula jadi di tapak bersejarah My Son Holy Land, yang mempunyai sejarah lebih daripada seribu tahun.
  • Jelajah bandar raya Da Nang, dengan tarikan utamanya iaitu Pagoda Linh Ung di mana terletaknya patung Guan Yin tertinggi di Vietnam dengan berlatarkan gunung.

Jadual Perjalanan:

Waktu Vietnam

Hari Pertama:

Selepas tiba di Lapangan Terbang Hue, pemandu kita akan mengalu-alukan anda di lapangan terbang ke hotel untuk daftar masuk. Berehat sebentar dan segarkan diri, kita akan menuju ke Imperial Citadel untuk berjalan-jalan dengan santai di komplek agung ini di Hue.

Imperial Citadel

Pada waktu petang, anda akan dilayan dengan irama muzik tradisional diraja yang merdu di sepanjang Perfume River. Memang perlu dimaklumkan bahawa muzik diraja Hue juga diiktiraf sebagai salah satu Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO. Tamatkan hari anda dengan makan malam di sebuah restoran tempatan dan pulang ke hotel anda di Hue.

Pelan Makan: Makan Malam


Hari Kedua:

Selepas sarapan pagi, teruskan bersantai di sepanjang Perfume River yang indah, di mana kali ini anda akan menaiki pelayaran bot yang tenang dan anda boleh menangkap pelbagai gambar pemandangan luar bandar yang indah. Kemudian, lawatan ke Pagoda Thien Mu yang mempunyai sebuah menara Heavenly Lady yang berdiri tujuh tingkat tingginya, anda boleh berjalan-jalan di sini dan mengamati persekitaran tempat ini yang tenang dengan berlatarkan menara yang tersergam indah ini.

Perfume River

Kemudian, kita akan melawat Makam Maharaja Khai Dinh (Emperor Khai Dinh Tomb), yang terkenal dengan seni binanya yang unik, dan anda boleh meluangkan sedikit masa di sini dengan mengamati kemahiran seni yang digunakan untuk membina makam ini beratus-ratus tahun yang lalu. Selepas lawatan ini, kita akan kembali ke Hue untuk makan tengah hari dan kemudian beralih ke Garden House di Hue, yang mana seperti namanya, merupakan satu lagi bangunan yang indah di mana pengunjung boleh menikmati persekitarannya yang tenang sementara menangkap gambar tanpa henti.

Khai Dinh Tomb

Selepas Garden Houses, kembali ke hotel anda untuk menyegarkan diri, dan kemudian, makan malam akan dihidangkan di sebuah restoran tempatan dan anda akan pulang ke hotel anda di Hue.

Pelan Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari, Makan Malam


Hari Ketiga:

Mulakan hari dengan sarapan pagi di hotel. Selepas mendaftar keluar dari hotel, perjalanan 2.5  jam ke bandar purba Hoi An yang indah menanti. Dalam perjalanan anda ke Hoi An, pastikan anda mengamati pemandangan yang indah kerana anda akan dihentikan sebentar di tapak-tapak pemandangan yang indah dalam perjalanan seperti laluan gunung Hai Van dan pantai Lang Co dengan lagunnya yang terbentang luas di bawah memaparkan pemandangan Da Nang. Hentian-hentian ini memang berbaloi masa anda, jadi jangan ketinggalan menikmati keindahannya.

Selepas tiba di Hoi An, berjalan kaki dan alami sendiri keindahan bahagian lama bandar purba ini yang dikekalkan dengan begitu baik. Seni bina bandar purba ini mendapat pengaruh daripada pedagang-pedagang silam dari China, Jepun dan Eropah yang menjadikan Hoi An pelabuhan pilihan mereka. Bangunan yang popular di sini termasuk Rumah Komunal Phuc Kien (Phuc Kien Communal House), Rumah Komersial Purba Tan Ky (Tan Ky Ancient Commercial House), Jambatan Tertutup Jepun (Japanese Covered Bridge), dan Rumah Dagang Purba Phung Hung (Phung Hung Ancient Trading House) di mana anda akan dapat melihat pelbagai jenis seni bina dan struktur-struktur peninggalan pedagang silam dari seluruh dunia yang penuh dengan unsur kesenian.

Japanese Covered Bridges, Phung Hung Ancient House, Tam Ky House

Sementara berjalan kaki dan menikmati pelbagai peluang menangkap gambar di bandar lama yang menawan ini, anda mungkin juga ingin melawat bengkel membuat tanglung yang unik untuk mempelajari seninya, atau menempah sehelai dua baju untuk diri anda kerana kedai-kedai jahit di Hoi An ini dikenali dengan hasil tangan mereka yang bermutu tinggi.

Hoi An Night Market

Kemudian masa untuk berjalan-jalan di sekitar Hoi An, lihat dan pelajari segala yang anda boleh di bandar purba ini sebelum pulang ke hotel.

Pelan Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari, Makan Malam


Hari Keempat:

Selepas bersarapan, perjalanan yang singkat kira-kira 50km ke Tapak Warisan My Son (My Son Holy Land) (disebut sebagai “mai-sohn”) menanti anda. Sebuah bandar raya imperial ketika dinasti Champa yang agung dari kurun ke-4 ke kurun ke-12, My Son merupakan tapak warisan yang dipelihara dengan agak baik dan ia diiktiraf oleh UNESCO. Ia mempunyai hampir semua jenis struktur yang anda boleh dapati daripada sebuah kerajaan purba dari seribu tahun yang lalu – tokong, makam, tugu dan banyak lagi di sebalik persekitaran yang dipenuhi dengan hutan yang menghijau. Ini menjadikan My Son sebuah tempat yang memang tenang di mana anda boleh bersantai dan menikmati persekitarannya dengan mengabadikan kenangan tapak purba ini melalui foto.

My Son Holy Land

Di sebuah tapak yang berkeluasan dua kilometer, memang senang untuk menenggelamkan diri dalam persekitaran di tempat ini dan meluangkan masa berjam-jam hanya dengan mengagumi nilai bersejarah tapak purba ini yang ditinggalkan oleh empayar agung Champa, yang merupakan salah satu kerajaan Hindu yang terawal di Asia Tenggara. Walaupun banyak struktur telah dimusnahkan dan merosot dalam jangka masa yang begitu lama, masih ada banyak yang masih kekal teguh dan ini sahaja menjadikannya pemandangan yang amat indah, jadi memang sukar untuk membayangkan betapa indahnya tapak ini sekiranya semua struktur asal masih tersergam megah hari ini seperti baru dibina.

My Son Holy Land

Selepas menikmati keindahan My Son, kita akan kembali ke Hoi An untuk makan tengah hari, dan kemudian anda boleh berjalan-jalan di bandar Hoi An untuk melihat galeri seni yang memaparkan seni tempatan yang unik dan juga kedai-kedai jahit untuk mendapatkan pakaian yang sedia untuk dibeli. Hari anda tamat dengan makan malam di sebuah restoran tempatan dan anda kemudiannya akan pulang ke hotel anda di Hoi An.

Pelan Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari, Makan Malam


Hari Kelima:

Pada hari terakhir, kita akan meninggalkan Hoi An selepas sarapan pagi di hotel untuk jelajah bandar raya yang singkat di bandar raya Da Nang yang berdekatan untuk melawat tapak-tapak indah yang penuh dengan peluang menangkap gambar seperti Marble Mountain, Muzium Cham (Cham Museum) dan memandu di sekitar semenanjung Son Tra untuk melawat Pagoda Linh Ung (Ling ung Pagoda) di mana terletaknya patung Guan Yin yang tertinggi di Vietnam, dan akhirnya ke Pantai My Khe (My Khe Beach) yang dianggap sebagai salah satu pantai yang paling menarik di dunia. Selepas jelajah singkat di bandar raya Da Nang ini, anda kemudiannya akan menuju ke lapangan terbang, di mana anda akan mengucapkan selamat tinggal kepada Vietnam dengan kenangan indah.

Marble Mountain, Cham Museum

Linh Ung Pagoda

My Khe Beach

Pelan Makan: Sarapan Pagi


Pakej Termasuk:

  • 4 malam penginapan
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Perjalanan & penghantaran seperti jadual perjalanan
  • Perkhidmatan tour guide berbahasa Inggeris
  • Yuran masuk yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • 1 botol air mineral setiap pelangcon semasa perjalanan
  • 2 hala kereta kabel di Bana Hill

Pakej Tidak Termasuk:

  • Tiket penerbangan ke Da Nang, Vietnam
  • Insuran Pelancongan (sangat dicadangkan membeli)
  • Perbelanjaan peribadi
  • Panduan untuk pemandu dan tour guide: USD 2/Panduan/Hari, USD 1/Pemandu/Hari
    • Membayar terus kepada pemandu dan tour guide (Pembatasan wajib)
  • Mana-mana tiket perkhidmatan/cukai/masuk lain yang tidak dinyatakan dalam seksyen Termasuk

Nota:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang dinyatakan disediakan secara percuma, tiada bayaran balik akan dibuat untuk pembatalan aktiviti disebabkan oleh cuaca atau isu operasi.
  • Holidaygogogo mempunyai hak untuk menukar ke hotel lain di kelas yang sama jika hotel yang dinyatakan di bawah tidak tersedia semasa tarikh perjalanan.
  • Tiada perubahan susunan bilik dibenarkan selepas bayaran penuh dibuat.
  • Kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas (ikut tahun lahir) adalah layak sebagai kadar dewasa.
  • Kanak-kanak berumur 3 hingga 10 tahun (ikut tahun lahir) adalah layak untuk kadar kanak-kanak (85% daripada harga dewasa), berkongsi katil dengan ibu bapa.
  • Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun (ikut tahun lahir) adalah percuma dan berkongsi katil dengan ibu bapa. Sebarang bayaran akan dibayar oleh pelanggan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Harga pakej termasuk cukai yang berkaitan.

Harga Tour: RM (seorang)

Harga Promosi

Validity: 14 Nov 2019 – 31 Dec 2020

Harga Pakej kira mengikut seorang

Hotel Group Size
2 Person 3-4 Person 5-9 Person 10-15 Person
Deluxe 3 Stars 2,065 1,710 1,410 1,250
Deluxe 4 Stars 2,160 1,805 1,500 1,340
Luxury 5 Stars 2,555 2,200 1,900 1,740

Browse More Resort Photos:
Hue Hotel:
Deluxe 3 Stars: The SunRiver Boutique Hotel (3*)
Deluxe 4 Stars: Midtown Hotel (4*)
Luxury 5 Stars: Indochine Palace Hotel (5*)

Hoi An Hotel:
Deluxe 3 Stars: Travel Lodge Hotel (3*)
Deluxe 4 Stars: Silk Luxury Hotel & Spa (4*)
Luxury 5 Stars: Silk Village Resort and Spa (5*)


WhatsApp kami dan dapatkan maklumat yang selanjutnya:

Sila WhatsApp kami dengan Butang WhatsApp.

Hubungi kami melalui telefon:

+6016-3796385

+6010-2216385

Boleh juga isikan borang ini:

Pakej Percutian Vietnam Yang Berkaitan:

Updated: 06 Dec 2019

Ulasan/Komen Pelanggan untuk Pakej Percutian Vietnam 

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

By Chris / Bbp_keymaster

Follow chris
on Dec 06, 2019