(2025/26) 3h2m Cameron Highlands Pakej Honeymoon

Honeymoon
Honeymoon Decoration
Candlelight Dinner
Hotel De’ La Ferns
Flora Hill
Cameron Highlands Flora Park
Big Red Strawberry Farm entrance
Big Red Strawberry Farm
BOH Sg. Palas Tea Plantation
Mossy Forest Boardwalk
Mossy Forest
Hobbitoon Village Cameron Highlands
Hobbitoon Village
The Sheep Sanctuary
AGRO Market
Honeymoon
Honeymoon Decoration
Candlelight Dinner
Hotel De’ La Ferns
Flora Hill
Cameron Highlands Flora Park
Big Red Strawberry Farm entrance
Big Red Strawberry Farm
BOH Sg. Palas Tea Plantation
Mossy Forest Boardwalk
Mossy Forest
Hobbitoon Village Cameron Highlands
Hobbitoon Village
The Sheep Sanctuary
AGRO Market
previous arrow
next arrow
 
Shadow

From

RM1479

EN

Promosi atas talian terkini untuk 3h2m Cameron Highlands Pakej Honeymoon, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!

Tarikan Pakej:

  • Bersiar-siar di Cameron Highlands Flora Park sambil menikmati bunga berwarna-warni dan kehijauan yang segar dengan setiap sudut menawarkan suasana tenang dan romantik, sempurna untuk pasangan honeymoon merakam detik manis dan bergambar bersama.
  • Di The Sheep Sanctuary, anda boleh menyentuh dan memberi makan kepada biri-biri yang gebu. Tempat ini memang sesuai dan menyeronokkan untuk sesiapa sahaja yang suka haiwan.
  • Hobbitoon Village membawa anda ke dunia warna-warni yang comel, dengan rumah-rumah kecil dan laluan yang buat anda rasa seperti berada dalam cerita fantasi.
  • Nikmati pemandangan luas ladang teh yang menghijau sambil menikmati secawan teh segar di BOH Sungai Palas Tea Centre, dengan panorama bukit yang menambah keseronokan pengalaman anda.

Jadual Perjalanan:

Hari 1

Setibanya di Cameron Highlands, daftar masuk di Hotel De’ La Ferns dan nikmati minuman alu-aluan sambil berehat seketika. Luangkan waktu petang dengan pilihan anda sendiri, sama ada meneroka kawasan sekitar atau bersantai di hotel. Pada waktu malam, nikmati makan malam candlelight yang romantik dan santai sebagai penutup hari yang sempurna.

  • Tiba di Cameron Highlands
  • 3:00 PM Daftar masuk di Hotel De’La Ferns
  • Minuman alu-aluan disediakan
  • Bebas & santai
  • Nikmati Makan Malam Candlelight

Pelan Makanan: Makan Malam

Hari 2

Mulakan pagi dengan sarapan di hotel sebelum bertemu pemandu di lobi. Hari ini bermula dengan lawatan ke Mossy Forest Boardwalk, di mana anda boleh menikmati udara sejuk sambil berjalan melalui hutan berkabus yang dipenuhi pokok dan lumut hijau. Seterusnya, kunjungi Ladang Teh BOH Sungai Palas, tempat yang tenang dengan pemandangan ladang teh yang luas dan peluang untuk mengenali sedikit tentang proses teh.

Kemudian, singgah di Big Red Strawberry Farm untuk memetik strawberi segar atas kos sendiri. Teruskan ke The Sheep Sanctuary untuk berinteraksi dengan biri-biri gebu, dan jangan lupa singgah sebentar di AGRO Market untuk bergambar. Akhiri hari dengan kembali ke hotel, menikmati makan malam steamboat yang menyelerakan, dan akhiri malam anda dengan santai mengikut keselesaan sendiri.

  • Sarapan di hotel
  • 8:30 AM Diambil dari lobi hotel
  • Bertolak ke Mossy Forest Boardwalk
  • Lawatan ke Ladang Teh BOH Sungai Palas
  • Memetik strawberi di Big Red Strawberry Farm (atas kos sendiri)
  • Lawatan ke The Sheep Sanctuary
  • Berhenti bergambar di AGRO Market
  • 4:30 PM Kembali ke hotel
  • Nikmati makan malam steamboat di hotel
  • Bebas & santai

Pelan Makanan: Sarapan, Makan Malam

Hari 3
  • Sarapan di hotel
  • Bebas & santai
  • 10:00 AM Daftar keluar hotel
  • Bergerak sendiri ke Cameron Highlands Flora Park
  • 11:00 AM Nikmati Pakej Riadah Sakura
  • DIY Tanaman Succulent di taman
  • Masa bebas untuk meneroka taman & berhenti bergambar di Hobbiton Village
  • 1:00 PM Program tamat

Pelan Makanan: Sarapan, Snek Ringan

Termasuk:

  • Penginapan 2 malam di Hotel De’ La Ferns termasuk sarapan
  • Makan malam candlelight untuk 2 orang (malam pertama)
  • Makan malam steamboat untuk 2 orang (malam kedua)
  • Minuman selamat datang semasa ketibaan
  • Strawberi dicelup coklat disediakan di bilik
  • Kek honeymoon di bilik
  • Hiasan bilik dengan kelopak mawar dan sejambak mawar
  • Cenderamata daripada hotel
  • Perkhidmatan kereta sewa 8 jam dengan jemput/hantar dari hotel (5 lokasi)
  • 1x Pakej Riadah Sakura termasuk DIY Succulent Pack untuk 2 orang (yuran masuk termasuk)

Tidak Termasuk:

  • Makanan selain yang dinyatakan
  • Yuran masuk selain yang dinyatakan
  • Lawatan selain yang dinyatakan
  • Perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran selain yang dinyatakan
  • Caj tambahan untuk tempat tarikan tambahan / melebihi waktu
  • Caj musim cuti sekolah RM 60 setiap bilik setiap malam
  • Cukai Pelancongan RM 10 setiap bilik setiap malam
  • Cukai Lestari RM 3 setiap bilik setiap malam
  • Travel insurance (Sangat digalakkan)
  • Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi “Termasuk”

Perkara Penting:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza berbanding dengan unit sebenar.

  • Minimum 2 orang
  • Tempat tarikan yang disenaraikan dalam jadual perjalanan adalah sebagai rujukan sahaja. Sila rujuk jadual yang disediakan untuk pilihan tempat tarikan yang dicadangkan.
  • Kawasan yang dicadangkan untuk lawatan termasuk Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm, dan Tringkap. Kawasan seperti Bertam Valley, Kuala Terla, Kampung Raja, dan aktiviti berjalan semasa matahari terbit tidak termasuk dalam perkhidmatan kereta sewa.
  • Pakej tidak sah semasa musim puncak.

Harga:

Harga pakej dikira ikut kepala

ROOM TYPE WEEKDAY WEEKEND
Deluxe Double RM 1,479 RM 1,529
Junior Suite RM 1,629 RM 1,679

Pertanyaan:

Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan

6 Kelebihan booking dengan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd!

  • Menawarkan perkhidmatan secara One-to-One bersama pegawai perkhidmatan pelanggan untuk disesuaikan dengan tempahan pra-ketibaan dan cadangan pakej percutian. Pihak kami ingin memastikan pelanggan mendapat maklum balas yang cepat dan memperoleh maklumat terkini walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.
  • Merupakan syarikat agensi pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). *Anda boleh menekan pautan MOTAC/MATTA di atas dengan memasukkan nama syarikat kami: Holidaygogogo Tours untuk memerika lesen dan keahlian kami sebagai syarikat pelancongan yang berlesen. Kami bukan scammers/penipu.
  • Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan. Kami bersikap serius dan profesional dalam menjalankan perniagaan.
  • Diberikan rating 5-bintang oleh pelanggan kami di Google dan Facebook. Kami membenarkan pelanggan menilai servis kami secara terbuka, hanya agensi pelancongan yang memberikan servis perkhidmatan yang terbaik berani berbuat begitu.
  • Melakukan pemeriksaan tempat secara berkala demi memastikan kualiti servis dan produk dapat dipenuhi mengikut keperluan pelanggan.
  • Segala tempahan akan dilaksanakan dengan prosedur kertas kerja yang lengkap dan disokong oleh dokumen sokongan. Pihak kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran tanpa sebarang dokumentasi. Kami akan memastikan semua tempahan telah dilaksanakan sebelum mengutip pembayaran.

Ulasan untuk Holidaygogogo:

Pakej Berkaitan:

Ulasan:

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia Private Tours

  • Cameron Highland
  • Sekinchan
  • Kuala Selangor
  • Ipoh
  • Penang