(2026) 4h3m Pakej Retreat Gunung Kinabalu dengan 1 Malam Penginapan Mewah

Mount Kinabalu Low’s Peak
previous arrow
next arrow
 
Shadow
From

RM2700

EN

Promosi atas talian terkini untuk 4h3m Pakej Pengembaraan Gunung Kinabalu dengan 1 Malam Penginapan Mewah, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!

Tarikan Pakej:

Kesesuaian: Pengembara Muda, Kumpulan Korporat

  • Pengembara Muda & Kumpulan Korporat boleh menikmati pengalaman pengembaraan yang mencabar melalui pendakian Gunung Kinabalu, sesuai untuk menguji ketahanan diri, membina semangat berpasukan dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama.
  • Perjalanan ini turut merangkumi persinggahan di Nabalu Market untuk membeli cenderamata dan produk tempatan, bermalam di Laban Rata sebelum meneruskan pendakian awal pagi ke Low’s Peak bagi menyaksikan pemandangan matahari terbit yang indah.

Jadual Perjalanan:

Hari 1

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan mulakan perjalanan menuju ke Kinabalu Park Headquarters. Dalam perjalanan, singgah sebentar di Nabalu Market untuk meneroka kraftangan tempatan, hasil segar serta menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu. Setibanya di Kinabalu Park, daftar masuk ke penginapan yang disediakan. Nikmati makan malam dan berehat dalam suasana menenangkan serta sejuk di kawasan pergunungan sebelum bermalam.

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
  • 12:30 PM Diambil dari lobi hotel/lapangan terbang
  • Perjalanan selama 2 jam menuju ke Kinabalu Park Headquarters
  • Singgah sebentar di Nabalu Market untuk menikmati pemandangan Gunung Kinabalu dan membeli produk tempatan
  • Daftar masuk ke Kinabalu Park Lodging (ROH)
  • Nikmati makan malam
  • Bermalam dan berehat di penginapan

Pelan Makanan: Makan Malam

Hari 2

Nikmati sarapan di Balsam Restaurant dan ambil makan tengah hari berbungkus sebelum menuju ke Kinabalu Park Headquarters untuk pendaftaran pendakian. Mulakan pendakian dari Timpohon Gate melalui laluan gunung yang indah menuju ke Laban Rata (3,272m). Setibanya di sana, daftar masuk penginapan, nikmati makan malam dan berehat sebagai persediaan untuk pendakian seterusnya.

  • 6:30 AM Sarapan di Balsam Restaurant
    • Ambil makan tengah hari berbungkus dari restoran
  • Bertolak ke pejabat Kinabalu Park HQ untuk proses pendaftaran
  • Penghantaran ke Timpohon Gate untuk memulakan pendakian
  • 5:00 PM Dijangka tiba di Laban Rata (3,272m)
  • Daftar masuk ke penginapan
  • Makan malam
  • Bermalam dan berehat sebagai persediaan untuk pendakian ke puncak

Pelan Makanan: Sarapan, Makan Tengah Hari, Makan Malam

Hari 3

Bangun awal pagi dan nikmati hidangan ringan sebelum memulakan pendakian ke Low’s Peak (4,095m), puncak Gunung Kinabalu. Saksikan keindahan matahari terbit dan pemandangan menakjubkan dari puncak sebelum turun kembali ke Laban Rata untuk sarapan.

Selepas daftar keluar, teruskan perjalanan turun ke Timpohon Gate dan ambil sijil pendakian. Nikmati makan tengah hari di Balsam Restaurant sebelum bertolak kembali ke Kota Kinabalu. Daftar masuk di Pacific Sutera Hotel dan luangkan masa berehat sambil menikmati kemudahan resort serta pemandangan matahari terbenam yang indah. Bermalam dan berehat di hotel.

  • 2:00 AM Hidangan ringan di restoran sebelum memulakan pendakian
  • 2:30 AM Pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, Low’s Peak (4,095m)
  • Turun kembali ke Laban Rata
  • Sarapan pagi di restoran
  • Daftar keluar penginapan dan meneruskan perjalanan turun ke Timpohon Gate
  • 1:30 PM Dijangka tiba di Timpohon Gate
  • Pengambilan sijil pendakian
  • Makan tengah hari di Balsam Restaurant
  • 2:00 PM – Penghantaran kembali ke penginapan di Kota Kinabalu
  • Daftar masuk Pacific Sutera Hotel
  • Masa bebas untuk berehat dan menikmati kemudahan resort
  • Menikmati pemandangan matahari terbenam
  • Bermalam dan berehat di hotel.

Pelan Makanan: Sarapan, Makan Tengahari

Hari 4

Nikmati sarapan di hotel sebelum meluangkan masa bebas untuk berehat dan bersantai mengikut pilihan sendiri. Selepas daftar keluar, anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk penerbangan pulang menandakan tamat perjalanan lawatan anda.

  • Sarapan di hotel
  • Masa bebas & santai mengikut pilihan sendiri
  • 12:00 PM Daftar keluar hotel
  • Penghantaran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
  • Lawatan Tamat

Pelan Makanan: Sarapan

Caj Porter
DESTINATION (RETURN) WEIGHT RATE
Timpohon – Laban Rata – Timpohon 10 kg RM 140

Catatan:

  • Berat maksimum bagi setiap porter adalah 10kg. Berat tambahan akan dikenakan caj berdasarkan kadar harian bagi setiap kilogram.
  • Porter perlu ditempah di Park HQ sebelum memulakan pendakian.
  • Beg pendaki akan ditimbang oleh porter di hadapan pendaki sebelum pendakian bermula.
  • Bayaran porter perlu dibuat terus kepada porter secara tunai (CASH).
  • Sila bawa bersama barang keperluan yang diperlukan semasa perjalanan naik dan turun kerana porter tidak akan mengikuti pendaki sepanjang laluan pendakian.
BARANGAN YANG PERLU DIBAWA
  • Ubat-ubatan seperti ubat sakit kepala atau ubat mabuk altitud
  • Tisu/tisu gulung tandas
  • Losyen pelindung matahari, pelembap bibir & plaster luka
  • Penghalau serangga/minyak nyamuk
  • Kamera bersama beg kalis air
  • Selipar/sandal
  • Beg plastik
Perkara Yang Perlu Disediakan Untuk Pendakian Gunung:
  • Beg galas kalis air untuk menyimpan barang keperluan
  • Kasut trekking atau kasut sukan dengan cengkaman yang baik
  • Pakaian panas/baju lengan panjang/seluar hiking
  • Jaket atau windbreaker
  • Pakaian dan stoking tambahan
  • Tuala kecil
  • Sarung tangan dan topi musim sejuk
  • Baju hujan pakai buang
  • Lampu kepala (head torch)
  • Barangan keperluan peribadi
  • Botol air boleh isi semula (0.5 hingga 1 liter)
  • Makanan ber tenaga tinggi seperti coklat, kekacang, biskut, gula-gula dan energy bar
  • Bagasi tambahan boleh disimpan di Kinabalu Park HQ dengan bayaran nominal RM12 setiap bagasi sebelum memulakan pendakian.

Termasuk:

  • 1 malam penginapan di Kinabalu Park Lodge dengan sarapan (bilik berkongsi)
  • 1 malam penginapan di Laban Rata Resthouse (Dormitori tanpa pemanas) dengan sarapan
  • Pengangkutan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanana
    • Pengangkutan sehala dari Hotel / Lapangan Terbang Kota Kinabalu – Park HQ (Seat-In-Coach)
    • Pengangkutan sehala dari Park HQ – Hotel Kota Kinabalu (Seat-In-Coach)
    • Pengangkutan pergi balik Park HQ – Timpohon Gate – Park HQ
    • Pengangkutan privasi sehala dari Hotel Kota Kinabalu – Lapangan Terbang
  • Permit pendakian & insurans
  • Yuran kemasukan
  • Jurupandu gunung (1 jurupandu untuk setiap 5 pendaki)
  • Makanan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Sijil pendakian Gunung Kinabalu

Tidak Termasuk:

  • Tiket penerbangan (antarabangsa/domestik)
  • Penginapan selain yang dinyatakan dalam pakej
  • Makanan selain yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Bayaran porter (pengangkat barang)
  • Tip (ganjaran) secara pilihan
  • Cukai Pelancongan RM10 setiap bilik setiap malam, dibayar semasa daftar keluar (untuk bukan warganegara Malaysia)
  • Caj kamera/video
  • Lawatan & pengangkutan selain yang dinyatakan
  • Perkhidmatan/barangan yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Sebarang peralatan sukan air tambahan
  • Perbelanjaan peribadi
  • Travel insurance (Sangat digalakkan)
  • Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi “Termasuk”

Perkara Penting:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza berbanding dengan unit sebenar.

  • Minimum seorang
  • SATU jadual penghantaran shuttle dari Park HQ ke Kota Kinabalu pada 3:00 PM sahaja.
  • Permintaan penghantaran awal atau lewat ke bandar dianggap sebagai penghantaran tidak berjadual dan caj tambahan akan dikenakan untuk pengaturan pengangkutan kembali ke Kota Kinabalu.
  • Sila bawa dokumen asal seperti pasport sah/kad pengenalan (IC) untuk proses pendaftaran pendakian.
  • Pendaki yang tiba di Timpohon Gate selepas 4:00 PM akan dikenakan caj tambahan RM15 sejam / jurupandu, dan bayaran perlu dibuat terus kepada jurupandu gunung di lokasi.
  • Air di Laban Rata tidak dirawat. Untuk air minuman yang lebih selamat, air botol boleh dibeli di kedai Laban Rata.
  • Waktu daftar masuk di Laban Rata adalah pada 1:00 PM dan waktu daftar keluar adalah pada 10:30 AM keesokan harinya.
  • Caj tambahan RM100 sejam akan dikenakan bagi daftar keluar selepas 10:30 AM.
  • Surcaj tambahan akan dikenakan bagi pertukaran pendaki atau pengurangan jumlah peserta dalam kumpulan.
  • Sebelum menyertai pendakian Gunung Kinabalu, pendaki dinasihatkan untuk tidak meneruskan pendakian sekiranya mempunyai sejarah masalah kesihatan tertentu seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, asma kronik, obesiti, ulser perut, anemia teruk, diabetes, sawan epilepsi, artritis, jantung berdebar, hepatitis/jaundis, kekejangan otot atau sebarang keadaan kesihatan lain yang boleh menjadi lebih teruk akibat cuaca sejuk, aktiviti fizikal berat atau altitud tinggi.

Harga:

Harga pakej dikira ikut kepala

Sah sehingga 30 September 2026

NORMAL 1 2-4 5-6 7-10
Malaysian RM 3,760 RM 2,990 RM 2,700 RM 2,700
Non-Malaysian RM 4,730 RM 3,980 RM 3,670 RM 3,670
Remarks:

  • Peak season surcharge RM 220 per pax per night
  • Peak period: 20 July – 22 August 2026

Pertanyaan:

Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan

6 Kelebihan booking dengan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd!

  • Menawarkan perkhidmatan secara One-to-One bersama pegawai perkhidmatan pelanggan untuk disesuaikan dengan tempahan pra-ketibaan dan cadangan pakej percutian. Pihak kami ingin memastikan pelanggan mendapat maklum balas yang cepat dan memperoleh maklumat terkini walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.
  • Merupakan syarikat agensi pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). *Anda boleh menekan pautan MOTAC/MATTA di atas dengan memasukkan nama syarikat kami: Holidaygogogo Tours untuk memerika lesen dan keahlian kami sebagai syarikat pelancongan yang berlesen. Kami bukan scammers/penipu.
  • Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan. Kami bersikap serius dan profesional dalam menjalankan perniagaan.
  • Diberikan rating 5-bintang oleh pelanggan kami di Google dan Facebook. Kami membenarkan pelanggan menilai servis kami secara terbuka, hanya agensi pelancongan yang memberikan servis perkhidmatan yang terbaik berani berbuat begitu.
  • Melakukan pemeriksaan tempat secara berkala demi memastikan kualiti servis dan produk dapat dipenuhi mengikut keperluan pelanggan.
  • Segala tempahan akan dilaksanakan dengan prosedur kertas kerja yang lengkap dan disokong oleh dokumen sokongan. Pihak kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran tanpa sebarang dokumentasi. Kami akan memastikan semua tempahan telah dilaksanakan sebelum mengutip pembayaran.

Ulasan untuk Holidaygogogo:

Ulasan:

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *