(2026) 3h2m Pakej Pendakian Pengembaraan Gunung Kinabalu

Mount Kinabalu Peak's view
Mount Kinabalu (Low's Peak)
previous arrow
next arrow
 
Shadow
From

RM2,460

EN

Promosi atas talian terkini untuk 3h2m Pakej Pendakian Pengembaraan Gunung Kinabalu, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!

Tarikan Pakej:

Kesesuaian: Pengembara Muda, Kumpulan Korporat

  • Pengembara Muda & Kumpulan Korporat boleh menikmati pengalaman pengembaraan yang mencabar melalui aktiviti pendakian Gunung Kinabalu, sesuai untuk menguji ketahanan diri, membina semangat berpasukan serta mencipta kenangan istimewa bersama.
  • Perjalanan ini turut merangkumi lawatan ke Nabalu Market untuk membeli cenderamata dan produk tempatan, bermalam di Laban Rata, serta pendakian awal pagi ke Low’s Peak bagi menyaksikan pemandangan matahari terbit yang menakjubkan dari puncak Gunung Kinabalu.

Jadual Perjalanan:

Hari 1

Bertolak dari hotel atau lapangan terbang menuju ke Kinabalu Park Headquarters sambil menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan. Singgah di Nabalu Market, lokasi popular untuk mendapatkan kraftangan tempatan, buah-buahan segar serta menikmati pemandangan menarik Gunung Kinabalu. Setibanya di Kinabalu Park, daftar masuk ke penginapan yang disediakan. Nikmati makan malam sebelum bermalam dalam suasana nyaman dan sejuk di kawasan pergunungan.

  • 12:30 PM Pengambilan dari lobi hotel/lapangan terbang
  • Perjalanan selama 2 jam menuju ke Kinabalu Park Headquarters
  • Singgah sebentar di Nabalu Market
  • Daftar masuk ke penginapan Kinabalu Park Lodging (ROH)
  • Makan malam
  • Bermalam dan berehat di penginapan

Pelan Makanan: Makan Malam

Hari 2

Nikmati sarapan di Balsam Restaurant dan ambil makan tengah hari dibungkus sebelum menuju ke Kinabalu Park Headquarters untuk proses pendaftaran pendakian. Selepas itu, bertolak ke Timpohon Gate, iaitu titik permulaan pendakian Gunung Kinabalu. Mulakan pendakian melalui laluan gunung yang indah menuju ke Laban Rata pada ketinggian 3,272 meter, tempat penginapan untuk bermalam. Nikmati makan malam sebelum berehat dan membuat persediaan untuk pendakian ke puncak pada keesokan pagi.

  • 6:30 AM Sarapan di Balsam Restaurant
    • Ambil makan tengah hari berbungkus dari restoran
  • Bertolak ke pejabat Kinabalu Park HQ untuk proses pendaftaran
  • Penghantaran ke Timpohon Gate untuk memulakan pendakian
  • 5:00 PM Dijangka tiba di Laban Rata (3,272m)
  • Daftar masuk ke penginapan
  • Makan malam
  • Bermalam dan berehat sebagai persediaan untuk pendakian ke puncak

Pelan Makanan: Sarapan, Makan Tengah Hari, Makan Malam

Hari 3

Bangun awal pagi dan nikmati hidangan ringan sebelum memulakan pendakian ke Low’s Peak, puncak tertinggi Gunung Kinabalu pada ketinggian 4,095 meter. Saksikan keindahan matahari terbit serta pemandangan menakjubkan dari puncak gunung.

Selepas berjaya sampai ke puncak, turun kembali ke Laban Rata untuk sarapan sebelum daftar keluar dan meneruskan perjalanan turun ke Timpohon Gate. Ambil sijil pendakian sebagai kenangan dan nikmati makan tengah hari di Balsam Restaurant. Selepas makan tengah hari, bertolak kembali ke hotel di Kota Kinabalu, menandakan tamatnya pakej lawatan.

  • 2:00 AM Hidangan ringan di restoran
  • 2:30 AM Mulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, Low’s Peak (4,095m)
  • Turun kembali ke Laban Rata
  • Sarapan di restoran
  • Daftar keluar penginapan dan meneruskan perjalanan turun ke Timpohon Gate
  • 1:30 PM Dijangka tiba di Timpohon Gate
  • Pengambilan sijil pendakian
  • Makan tengah hari di Balsam Restaurant
  • 2:00 PM Penghantaran kembali ke hotel di Kota Kinabalu
  • Lawatan tamat

Pelan Makanan: Makanan lewat malam, Sarapan, Makan Tengah Hari

Caj Porter
DESTINATION (RETURN) WEIGHT RATE
Timpohon – Laban Rata – Timpohon 10 kg RM 140

Catatan:

  • Berat maksimum bagi setiap porter adalah 10kg. Berat tambahan akan dikenakan caj berdasarkan kadar harian bagi setiap kilogram.
  • Porter perlu ditempah di Park HQ sebelum memulakan pendakian.
  • Beg pendaki akan ditimbang oleh porter di hadapan pendaki sebelum pendakian bermula.
  • Bayaran porter perlu dibuat terus kepada porter secara tunai (CASH).
  • Sila bawa bersama barang keperluan yang diperlukan semasa perjalanan naik dan turun kerana porter tidak akan mengikuti pendaki sepanjang laluan pendakian.
BARANGAN YANG PERLU DIBAWA
  • Ubat-ubatan seperti ubat sakit kepala atau ubat mabuk altitud
  • Tisu/tisu gulung tandas
  • Losyen pelindung matahari, pelembap bibir & plaster luka
  • Penghalau serangga/minyak nyamuk
  • Kamera bersama beg kalis air
  • Selipar/sandal
  • Beg plastik
Perkara Yang Perlu Disediakan Untuk Pendakian Gunung:
  • Beg galas kalis air untuk menyimpan barang keperluan
  • Kasut trekking atau kasut sukan dengan cengkaman yang baik
  • Pakaian panas/baju lengan panjang/seluar hiking
  • Jaket atau windbreaker
  • Pakaian dan stoking tambahan
  • Tuala kecil
  • Sarung tangan dan topi musim sejuk
  • Baju hujan pakai buang
  • Lampu kepala (head torch)
  • Barangan keperluan peribadi
  • Botol air boleh isi semula (0.5 hingga 1 liter)
  • Makanan ber tenaga tinggi seperti coklat, kekacang, biskut, gula-gula dan energy bar
  • Bagasi tambahan boleh disimpan di Kinabalu Park HQ dengan bayaran nominal RM12 setiap bagasi sebelum memulakan pendakian.

Termasuk:

  • 1 malam penginapan di Kinabalu Park Lodge dengan sarapan (bilik berkongsi)
  • 1 malam penginapan di Laban Rata Resthouse (Dormitori tanpa pemanas) dengan sarapan
  • Pengangkutan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanana
    • Pengangkutan pergi balik hotel/lapangan terbang (Kota Kinabalu City – Park HQ) secara Seat-In-Coach
    • Pengangkutan pergi balik (Park HQ – Timpohon Gate – Park HQ
  • Permit pendakian & insurans
  • Yuran kemasukan
  • Jurupandu gunung (1 jurupandu untuk setiap 5 pendaki)
  • Makanan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Sijil pendakian Gunung Kinabalu

Tidak Termasuk:

  • Tiket penerbangan (antarabangsa/domestik)
  • Penginapan selain yang dinyatakan
  • Makanan selain yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Caj porter (pengangkat barang)
  • Tip secara pilihan
  • Cukai Pelancongan RM10 setiap bilik setiap malam/dibayar semasa daftar keluar (bukan warganegara Malaysia)
  • Travel insurance (Sangat digalakkan)
  • Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi “Termasuk”

Perkara Penting:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza berbanding dengan unit sebenar.

  • SATU jadual penghantaran shuttle dari Park HQ ke Kota Kinabalu pada 3:00 PM sahaja.
  • Permintaan penghantaran awal atau lewat ke bandar dianggap sebagai penghantaran tidak berjadual dan caj tambahan akan dikenakan untuk pengaturan pengangkutan kembali ke Kota Kinabalu.
  • Sila bawa dokumen asal seperti pasport sah/kad pengenalan (IC) untuk proses pendaftaran pendakian.
  • Pendaki yang tiba di Timpohon Gate selepas 4:00 PM akan dikenakan caj tambahan RM15 sejam / jurupandu, dan bayaran perlu dibuat terus kepada jurupandu gunung di lokasi.
  • Air di Laban Rata tidak dirawat. Untuk air minuman yang lebih selamat, air botol boleh dibeli di kedai Laban Rata.
  • Waktu daftar masuk di Laban Rata adalah pada 1:00 PM dan waktu daftar keluar adalah pada 10:30 AM keesokan harinya.
  • Caj tambahan RM100 sejam akan dikenakan bagi daftar keluar selepas 10:30 AM.
  • Surcaj tambahan akan dikenakan bagi pertukaran pendaki atau pengurangan jumlah peserta dalam kumpulan.
  • Sebelum menyertai pendakian Gunung Kinabalu, pendaki dinasihatkan untuk tidak meneruskan pendakian sekiranya mempunyai sejarah masalah kesihatan tertentu seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, asma kronik, obesiti, ulser perut, anemia teruk, diabetes, sawan epilepsi, artritis, jantung berdebar, hepatitis/jaundis, kekejangan otot atau sebarang keadaan kesihatan lain yang boleh menjadi lebih teruk akibat cuaca sejuk, aktiviti fizikal berat atau altitud tinggi.

Harga:

Harga pakej dikira ikut kepala

Sah sehingga: 1 Januari – 31 Disember 2026

Category 1 2-4 5-10
Malaysian RM 3,080 RM 2,700 RM 2,460
Non-Malaysian RM 4,000 RM 3,660 RM 3,410

Pertanyaan:

Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan

6 Kelebihan booking dengan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd!

  • Menawarkan perkhidmatan secara One-to-One bersama pegawai perkhidmatan pelanggan untuk disesuaikan dengan tempahan pra-ketibaan dan cadangan pakej percutian. Pihak kami ingin memastikan pelanggan mendapat maklum balas yang cepat dan memperoleh maklumat terkini walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.
  • Merupakan syarikat agensi pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). *Anda boleh menekan pautan MOTAC/MATTA di atas dengan memasukkan nama syarikat kami: Holidaygogogo Tours untuk memerika lesen dan keahlian kami sebagai syarikat pelancongan yang berlesen. Kami bukan scammers/penipu.
  • Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan. Kami bersikap serius dan profesional dalam menjalankan perniagaan.
  • Diberikan rating 5-bintang oleh pelanggan kami di Google dan Facebook. Kami membenarkan pelanggan menilai servis kami secara terbuka, hanya agensi pelancongan yang memberikan servis perkhidmatan yang terbaik berani berbuat begitu.
  • Melakukan pemeriksaan tempat secara berkala demi memastikan kualiti servis dan produk dapat dipenuhi mengikut keperluan pelanggan.
  • Segala tempahan akan dilaksanakan dengan prosedur kertas kerja yang lengkap dan disokong oleh dokumen sokongan. Pihak kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran tanpa sebarang dokumentasi. Kami akan memastikan semua tempahan telah dilaksanakan sebelum mengutip pembayaran.

Ulasan untuk Holidaygogogo:

EXCELLENT
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5
Based on 947 reviews
Posted on Google Google
Lee Yoke Ling profile picture
Lee Yoke Ling
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Holidaygogogo tour are superb professional ...they provided full detail and the arrangements transportation and itinerary were so clear ...were are fully enjoyed without worries at all ...💞
Posted on Google Google
Shahrizal Nawawi profile picture
Shahrizal Nawawi
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
It is very convenient to book a holiday at Rawa Island Resort via HolidayGoGoGo. Excellent service and we have a great time together with my team.
Posted on Google Google
Yiqi Gan profile picture
Yiqi Gan
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
We had a very pleasant experience with HolidayGoGoGo. The service was really good, and we were very happy with the whole arrangement. I really enjoyed the itinerary because it was not too tiring or too rushed. Everything was arranged at a comfortable pace, so my husband and I could really relax and enjoy the trip together. Overall, we really enjoyed this trip and had a wonderful and memorable experience with HolidayGoGoGo. Thank you for the great service! ❤️
Posted on Google Google
Vern Copa profile picture
Vern Copa
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
[Laguna Redang Package] Our travel was made smooth by Holidaygogogo. The agent is very responsive, the booking process is easy, and the instructions are straightforward. We enjoyed our trip to Redang without any hassle. Thank you!
Posted on Google Google
CHUA WEN profile picture
CHUA WEN
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
⭐⭐⭐⭐⭐ 我们第一次来到热浪岛 Laguna Redang Island Resort,入住三天两夜,整体体验非常棒!⛱️🌊 我们特别推荐海景房,房间住起来很舒服,景色也很漂亮。因为床实在太舒服了😂,我们还不小心睡过头,错过了好几个活动。所以如果下次再来,我们会考虑预订 4天3夜甚至5天4夜,让自己可以更悠闲地享受这里。 整体来说,度假村的服务都非常不错,工作人员也很亲切。 出发前我们其实很担心,因为我们两个都不会游泳,也有点害怕下水🥲。没想到来到这里之后,在工作人员的帮助和鼓励下,我们慢慢敢下水,甚至感觉自己突然学会游泳了😂。那里的 Abang 也很贴心,会教我们如何使用呼吸管,让我们第一次浮潜的体验轻松了很多。 🍽️ 餐饮方面,套餐餐厅有不少食物选择,每一餐基本都可以吃得很饱。度假村外面也有一些小吃摊,我们特别喜欢那里的 Cheese Wedges!外皮脆脆的,一口咬下去真的很好吃😍 总体来说,这是一次非常愉快又放松的旅行。第一次来热浪岛就留下了很好的回忆,也很推荐 Laguna Redang Island Resort。❤️ 下次有机会一定会再回来!🌊🏝️
Posted on Google Google
nur fatin syazwani profile picture
nur fatin syazwani
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
i really like to deal with them, fast response. have black and white for all the important thing and all are crystal clear. looking foward to deal with them again for another trip. Thanks!
Posted on Google Google
Nor Aishah Mustaffa profile picture
Nor Aishah Mustaffa
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
The 3D2N vacay to Pulau Kapas was a delightful experience. The island's beauty, white sandy beaches, and stunning blue-green waters were truly captivating. The package from Holiday Go3 made our round-trip journey seamless. I am very satisfied and highly recommend it. To improve the resort, water taps or showers should be provided before entering the room area. Guests currently have no other option, after swimming at the beach, they are forced to wash sandy clothes and footwear inside the bathroom, which makes the bathroom less efficient and causes unpleasant odors
Posted on Google Google
Laili profile picture
Laili
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
The booking experience is fantastic. The accommodation, activities and food are amazing! Will suggest this agency to my friends.
Posted on Google Google
shuming cui profile picture
shuming cui
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
The arrangements were very reasonable and the whole trip was very convenient and comfortable. The scenery and views during the trip were amazing, the food and accommodation were in one step, I will choose you again on my next trip ~

Read more - Google Review | Facebook Review

Ulasan:

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *