fbpx

(2020 Promo) Pakej Day Tour Kudat – Tip of Borneo

Gombizau Honey Bee Farm, Sabah - HolidayGoGoGo
20 reviews
    From RM

    中文 | ENG


    Promosi atas talian terkini untuk Pakej Lawatan Kudat – Tip of Borneo, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!


    Jadual Perjalanan:


    Hari 1

    Lawatan anda dimulakan dengan perjumpaan di lobi hotel pada pukul 7:30 pagi untuk bertolak ke daerah Kudat, bahagian paling utara di Sabah.

    Perjalanan ambil masa sekitar 2.5 – 3 jam bergantung pada keadaaan lalu lintas, dan anda melintasi pemandangan hijau yang subur, perkampungan rumah kayu, perkebunan, sawah berwarna emas dan pinggiran Borneo yang tenang. Kita akan berhenti sementara di salah satu gerai yang menjual pelbagai cenderamata, makanan ringan tempatan, kacang tanah. Kemudian, kita akan menuju ke desa Semangkap, yang terkenal dengan keseniannya dalam pembuatan ‘Gong’. Gong adalah gendang besar yang digunakan untuk persembahan muzik tradisional atau merasmikan upacara. Anda juga akan menuju ke Gombizau Bee Farm, di mana anda dapat melihat operasi tempatan ladang lebah dan merasai madu terbaik, mengumpul terus dari sarang lebah.

    Selepas itu, terus ke Sikuati untuk lawatan ke replika rumah panjang kuno. Anda akan berpeluang mengalami kehidupan orang tempatan suku Rungus dan menyertai dalam kehidupan mereka. Ambil masa untuk ambil gambar bagi kenangan dan memhami budaya tempatan. Makan tengah hari akan disajikan di rumah Panjang atau restoran tempatan.

    Selepas makan tengah hari, terus ke Tanjung Simpang Mengayau (juga dikenali sebagai Tip of Borneo). Ini adalah bahagian paling utara Borneo, yang menghadapi persimpangan Laut China Selatan dan Laut Sulu yang luas. Bersiar-siar di sepanjang pantai, dan tinggalkan jejak kaki anda di pasir yang putih habus. Mengagumi pemandangan pantai yang memukau, mengalami angin bertiup di rambut anda dan memandang ke cakrawala pantai Kalimanta yang tanpa sempadan, di mana matahari bertemu dengan langit dengan harmoni yang sempurna. Pada tahun 2003, media mengagungkan lokasi ini dengan serangkaian propaganda, termasuk buku berjudul ‘Kudat’ yang diterbitkan dan menjadikan tempat ini sebagai tempat pelancongan terkenal hari ini.

    Anda akan dihantar kembali ke Kota Kinabalu dan balik ke hotel masing-masing untuk berehat pada waktu malam.

    Lawatan bermula pukul 6.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 6.00 petang.

    Pelan Makanan: Makan Tengah Hari


    Termasuk:

    • Penghantaran 2 hala antara Hotel Kota Kinabalu City sahaja
    • Makan tengah hari
    • Bayaran masuk
    • Perkhidmatan tour guide

    Tidak Termasuk:

    • Travel insurance (Sangat digalakkan)
    • Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi "Termasuk"

    Note Penting:

    • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
    • Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
    • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
    • Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza benbanding dengan unit sebenar.

    • Minimum 2 perserta untuk lawatan ini.
    • Malaysian sahaja.
    • Kanak-kanak berumur 3 – 11 tahun (ikut tahun lahir) adalah layak untuk kadar kanak-kanak.

    Gambar:

    Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza benbanding dengan unit sebenar.


    Harga:

    Harga dikira mengikut bilangan peserta

    Harga Promosi

    Validity: 1 January 2019 – 31 March 2020

    Harga Pakej kira seorang

    For Malaysian Market:

    Guest 2 pax 3 pax 4 pax 5 pax 6 pax 7 pax 8 pax 9 pax 10 pax
    Adult 390 330 290 270 260 250 230 220 210
    Child 310 270 260 250 240 220 210 200

    Pertanyaan:

    Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan


    Pakej Berkaitan:


    Ulasan:

    Submit your review
    1
    2
    3
    4
    5
    Submit
         
    Cancel

    Create your own review

    HolidayGoGoGo
    Average rating:  
     0 reviews

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *